Tuesday 21 June 2011

Langkah 2

TAHUKAH ADIK-ADIK KEGUNAAN DAN HASIL MAKANAN DARIPADA POKOK KELAPA SAWIT DAN POKOK KELAPA?

KELAPA SAWIT

KEGUNAAN
Isirung Kelapa Sawit
Isirung kelapa sawit digunakan sebagai bahan makanan ternakan dan bahan bukan makanan.  Bahan bukan makanan seperti alkhohol lauryl, bahan sabun pencuci dan asid lemak. 
2.  Minyak Isirung Kelapa Sawit
Minyak isirung pula digunakan untuk membuat bahan makanan seperti marjerin, lemak majmuk, krim, ais krim dan lemak masakan.  Bahan bukan makanan boleh dihasilkan seperti membuat bahan sabun pencuci, olkhohol lauryl dan asid lemak. Selain itu,  minyak sawit juga digunakan untuk membuat sabun, minyak gris, minyak pelincir, lilin, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan.  Kini, minyak sawit amat berguna sebagai bahan pembakar seperti diesel dan lilin. 
3.  Minyak Sawit Mentah
Minyak sawit mentah sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak masakan seperti keju sayur. 

BUAH KELAPA

KEGUNAAN






 SILA BACA TEKS DIBAWAH DENGAN INTONASI YANG BETUL
Setiap negara mempunyai buah tempatan tersendiri.Negara kita juga tidak terkecuali.Antara buah tempatan yang terdapat di negara kita ialah pisang,nanas,tembikai,durian,rambutan dan banyak lagi.Buah-buahan tempatan ini mempunyai banyak kebaikan.

     Antara kebaikannya ialah buah-buahan dapat dijadikan penawar dalam sesetengah penyakit seperti demam campak,air kelapa boleh dijadikan penawar untuk menyembuhkannya.Manakala untuk menyembuhkan batuk pula,kita boleh menggunakan air limau kasturi.

     Sejajar dengan itu,banyak makanan yang dapat dihasilkan daripada buah-buahan tempatan.Tamsilnya,kita boleh menggunakan pisang untuk membuat kerepek pisang.Sementelahan itu,nanas pula boleh dijadikan jem untuk dimakan bersama roti.

     Sehubungan dengan itu,para petani dan pekebun juga digalakkan untuk menanam buah-buahan tempatan kerana dapat menguntungkan mereka.Buah-buahan tempatan ini boleh didapati di gerai-gerai di tepi jalan,pasar malam,pasar tani,dan juga pasaraya.

     Sebagai intihanya,buah-buahan tempatan sangat berguna kepada kita semua untuk menyembuhkan penyakit dan untuk menambahkan pendapatan kepada para petani dan juga pekebun.

 CUBA ADIK-ADIK BINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR DI BAWAH


No comments:

Post a Comment