Sunday 19 June 2011

Rancangan Pengajaran Harian - Bahasa Melayu Tahun 3


Tarikh                                      26.6. 2011
Masa                                      60 minit
Tahun                                      Tahun 3
Mata Pelajaran                     Bahasa MelayuTahun 3
Unit                                         7
Aras                                        1
Tema                                      Makanan Berasaskan Pertanian
Tajuk                                      Makanan Berasaskan Pertanian

Hasil Pembelajaran ( Fokus utama)
 4.2.  Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan  
        maklumat yang disampaikan oleh pihak lain

Aras 3
i.              Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. 

 8.2.   Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

      Aras 3
i.              Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.

11.1    Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya                      

      Aras 1
i.                    Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca

Hasil Pembelajaran (fokus sampingan)
7.2.  Membaca dan mengenal pasti perkataan pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera

Aras 1: Mengecam perkataan istilah dan ayat dalam karya prosa dan puisi yang dibaca

Objektif
Sebelum pelajaran ini berakhir:
1.   i. Secara berpasangan pelajar dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua ayat tunggal dalam perbualan yang sesuai dengan situasi.
2. ii. Setiap murid dapat menulis sekurang-kurangnya empat ayat tunggal dalam borang pengurusan grafik makanan berasaskan pertanian.

Pengetahuan sedia ada : Murid daripada keluarga pertanian dan tahu akan hasil-hasil pertanian        

Bahan Bantu belajar:            Teks,  gambar digital, :lembaran kerja,   

Sistem bahasa :                    a) Morfologi kata adjektif seperti
                                                  b) Sintaksis : ayat tunggal
                                                  c) sebutan dan intonasi : kesantunan berbahasa
                                                  d) kosa kata : timbus, lembap, subur, bertuah

Langkah dan Masa
Huraian hasil pembelajaran dan kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
catatan
Induksi set
5  minit
1.    Kepentingan makanan daripada pertanian




1.    Murid  melihat gambar-gambar buah-buahan melalui
Murid menjawab soalan guru
a) Apakah nama buah-buahan yang  anda dilihat?
b) Di mana boleh didapati buah-buahan tersebut?
c) Apakah khasiat memakan buah-buahan?
d) Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran?
 ( makanan berasaskan pertanian )

BBB. Gambar buahan

Langkah 1
10 minit
4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain



1.    Guru menunjukkan gambar pokok pisang
2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang pisang
-       Kegunaan daun pisang
-       buah pisang
-       jenis-jenis pisang
-       pisang yang ditanam oleh pelajar
3.    Guru menunjukan gambar hasil daripada buah pisang
4.    Guru meminta dua orang murid mencerita pengalaman mereka membantu ibu atau keluarga mereka membuat kerepek


BBB: Gambar digital –pokok pisang, hasil daripada buah pisang.

Nilai ; Kebersihan sewaktu membuat kerepek, memasak goreng pisang
Langkah 2
20  minit
Aras 3
Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar.
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

1.    Guru menunjukkan buah-buah yang lain seperti gambar pokok , buah kelapa dan kelapa sawit..
2.    Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid tentang kegunaannya dan hasil makanan yang diperolehi dari tanaman tersebut.
3.    Makanan yang dihasilkan daripada tanaman-tanaman lain seperti nenas, betik dan lain-lain
4.    Murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
5.    Guru dan murid berbincang tentang teks tadi
6.      Murid membina      ayat tunggal berdasarkan  gambar tanaman  tadi.








BBB: Teks
      (M/S 2)

Langkah 3
20  minit
Aras 1
Meneliti perkara yang menarik dalam bahan yang ditonton atau dibaca.

1.    1. Guru membahagi murid kepada  3 orang dalam satu kumpulan
2.    Murid menjawab lembaran kerja teka silangkata dalam kumpulan

        -Ketua kumpulan  
        membaca jawapan

3.    Murid menulis 4 ayat  tunggal berdasarkan  
           makanan   
           berasaskan   
           pertanian


BBB: Teka silang kata/lembaran kerja/komputer
KB: Menjawab teka silang kata
Kecerdasan pelbagai
Penutup
5  minit

1 Guru dan murid menyanyikan lagu buah-buahan
Bahan audio
(lagu buah-buahan) dan
Lirik lagu

No comments:

Post a Comment